Tuesday, December 05, 2006

USRAH.....oleh abah...

Terima kasih abah kerana mengusulkan usrah untuk kami sekeluarga. Actually, ilmu agama memang wajib kita cari...untuk memantapkan iman....Abah akan handle usrah setiap dua kali seminggu...berkisar hal2 agama dan duniawi....permulaannya menyentuh hal Tauhid...yang terbahagi kepada dua...Tauhid Uluhiyyah.....dan Tauhid Rububiyyah....sehinggalah ke hal2 yang bersangkutan dengannya. Mungkin saya akan mencadangkan agar abah jugak menyentuh perihal munakahat...hal2 semasa...
Setiap dua minggu itu akan dilakukan sama ada di Gombak...Bangi....Damansara...ataupun tempat2 istimewa..seperti di Ilham Resort....(pada 18 November lalu)...Abah kata bila2 abah akan jemput pulak kawan2 abah yang boleh menyampaikan usrah dan ilmu dengan baik...Jadi, sesiapa yang berminat....nak bersama2 menambah ilmu atau memantapkan ilmu.....marilah bersama. Selalunya abah akan buat sembahyang maghrib berjemaah dulu dan baru mula usrah. Tapi mungkin sekali-sekala nak mintak abah buat waktu siang le....lepas zuhur ke....
Dua kali sudah abah menyentuh perihal ISLAM....apa itu Islam?.....Islam itu bermaksud ketaatan...kesucian....ia bertitik tolak kepada dua perkara utama iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman.....
Rukun Islam 5 perkara :
1.Mengucap dua kalimah syahadah....Syahadah kalimah tauhid dan Syahadah rasul....
"Asyhadu Allah Ila Haillaullah......Wa Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah..."
2.Sembahyang lima waktu
3.Puasa di bulan Ramadhan
4.Mengeluarkan Zakat
5.Mengerjakan haji bagi yang mampu
Rukun Iman 6 Perkara :
1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada Rasul
3.Percaya kepada Malaikat
4.Percaya kepada Kitab
5.Percaya kepada Hari Kiamat
6.Percaya kepada Qada dan Qadar
Dua minggu lagi, abah kata hendak buat usrah kat Damansara...rumah Ati.....kalau nak join, jomle.....rasanye waktu usrah tak berubah.....lepas maghrib....Jumpa di sana...Insya-Allah.

No comments: